![]()
Hai semua.. Ape yang korang tengah buat tu?? Mesti tengah baca entri aku la kan sebab kalau korang bace ni mesti korang tengah membaca kan..haha Hari ade sesuatu yang aku nak kongsi dengan korang semua.. (mesti la ade kalau tak buat pe aku tulis entri ni) Hari ni aku nak tunjuk sikit cara nak tukar favicon.. Ape bende tu Cuz??
Favicon ni adalah sejenis makhluk yang bulat, berbulu dan tinggal di dalam laut logo atau lambang pada web browser macam dalam gambar atas tu.. Korang nampak kan.. Korang tak de rase nak tukar ke logo blog korang tu?? Bia la nampak cantik sikit.. Lagi satu bila orang datang ke blog korang nampak la blog korang ni macam best (walaupun sebenarnya tak)hehe..
Aku teruskan la dengan langkah² untuk tukar bende alah ni yer.. Sebelum tu aku nak bagitau yang langkah² yang aku tunjukkan ni untuk blog yang menggunakan pelayar WordPress sahaja yang berhosting sendiri..
1. Korang pilih la gambar ape pn yang sesuai yang korang nak letak kat web browser tu.. Lepas dah ada gambar tu korang pergi ke website ni.. favicon generator
2. Korang akan nampak gambar macam yang kat bawah ni…Korang masukkan gambar yang korang nak upload dan jadikan favicon tu kat ruang yang disediakan dan korang klik create favicon tu dan tunggu gambar korang di convert jadi favicon..
3. bila gambar yang korang buat tu dah siap, korang download gambar tu dan upload dalam directory blog korang.. Lepas korang dah upload gambar favicon tu korang kene la copy code yang die bagi macam dalam gambar kat bawah ni..
4. Kod ni korang copy dan paste kan die kat dalam theme korang iaitu di bahagian header dan korang cari bahgian dalam header tu yang kod die lebih kurang macam ni..haha. Mesti korang susah nak paham kan..korang paste kan kat bahagian macam aku tunjuk dalam gambar kat bawah ni..
5. Korang paste kod tadi dalam bahagian yang aku bulatkan merah tu.. Korang jangan silap paste pulak tau..haha
![]()
Macam tu jela carenye..sangat² mudah..aku buat 5 min jer.. Korang boleh tukar ape² saja gambar yang korang suke..hehe Setakat ni dulu perkongsian aku untuk kali ni.. Semoga koranng berjaya melakukannya..
p/s : kalau korang ade masalah korang boleh tanya aku sama ada melalui emel atau pun komen di bawah..




